1. Lipatkan selendang menjadi bentuk segi tiga kecil di mana-mana bahagian tepi selendang.
2. Letakkan bahagian segi tiga itu di atas kepala dan pakai seperti tudung bawal. Anda akan mendapati salah satu bahagian selendang sangat panjang manakala yang satu lagi sangat pendek.
3. Selendang anda akan kelihatan seperti di dalam gambar. Jangan risau dengan selendang anda yang jarang itu.
4. Ambil bahagian selendang yang lebih panjang dan lilitkan ke atas kepala selama dua kali. Anda harus melakukannya dengan berhati-hati. Sambil melilit, selendang di bahagian depan harus dikemaskan supaya tidak nampak semak.
5. Setelah dililit sebanyak dua kali, selendang yang anda pakai akan kelihatan seperti ini.
6. Lebihan selendang yang dililit diselitkan ke bawah dagu. Anda juga boleh membiarkan bahagian itu begitu saja dengan meletakkan peniti atau pin.
7. Tadaa..! Anda kini tampil lebih bergaya seperti memakai tudung bawal.
8. Bahagian belakang selendang akan berbentuk V seperti anda memakai tudung bawal. Shawl anda yang pada asalnya jarang kini tidak jarang lagi.
Tips : Pemakaian ini sesuai untuk mereka yang berwajah agak bulat, ingin memakai shawl tetapi bimbang wajah anda akan kelihatan seperti doraemon kerana pemakaian shawl seperti biasa yang melekat di muka akan menampakkan wajah anda lebih bulat. Dengan gaya ini, anda tampak lebih trendy.
0 ulasan:
Catat Ulasan