BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 25 November 2009

cara pemakaian tudung masa kini





CARA PEMAKAIAN TUDUNG ALA ARAB

CARA PAKAI TUDUNG ALA ARAB

1. Pinkan selendang dengan sebelah bahagian pendek manakala sebelah lagi panjang mengikut keselesaan anda.

2. Lilitkan bahagian yang panjang ke bahagian atas kepala dengan kemas.

3. Kemaskan bahagian yang pendek di hadapan dengan meletakkannya di bahu yang berlawanan.

4. Lebihan bahagian selendang yang panjang dilepaskan begitu sahaja untuk gaya ala-ala arab yang trendy. Bahagian belakang tudung anda akan berbentuk V.

5. Untuk tampak lebih glamour, gayakan pemakaian selendang bersama kaca mata hitam.

Anda kini sudah bersedia untuk berlibur bersama teman-teman. =)

Tips : Pemakaian shawl gaya ini amat sesuai untuk para artis mahupun sesiapa sahaja yang ingin ke resepsi perkahwinan mahupun mahkamah syariah (penceraian).


cara pemakaian tudung bawal

1. Lipatkan selendang menjadi bentuk segi tiga kecil di mana-mana bahagian tepi selendang.

2. Letakkan bahagian segi tiga itu di atas kepala dan pakai seperti tudung bawal. Anda akan mendapati salah satu bahagian selendang sangat panjang manakala yang satu lagi sangat pendek.

3. Selendang anda akan kelihatan seperti di dalam gambar. Jangan risau dengan selendang anda yang jarang itu.

4. Ambil bahagian selendang yang lebih panjang dan lilitkan ke atas kepala selama dua kali. Anda harus melakukannya dengan berhati-hati. Sambil melilit, selendang di bahagian depan harus dikemaskan supaya tidak nampak semak.

5. Setelah dililit sebanyak dua kali, selendang yang anda pakai akan kelihatan seperti ini.

6. Lebihan selendang yang dililit diselitkan ke bawah dagu. Anda juga boleh membiarkan bahagian itu begitu saja dengan meletakkan peniti atau pin.

7. Tadaa..! Anda kini tampil lebih bergaya seperti memakai tudung bawal.

8. Bahagian belakang selendang akan berbentuk V seperti anda memakai tudung bawal. Shawl anda yang pada asalnya jarang kini tidak jarang lagi.

Tips : Pemakaian ini sesuai untuk mereka yang berwajah agak bulat, ingin memakai shawl tetapi bimbang wajah anda akan kelihatan seperti doraemon kerana pemakaian shawl seperti biasa yang melekat di muka akan menampakkan wajah anda lebih bulat. Dengan gaya ini, anda tampak lebih trendy.

WARNA TUDUNG YANG DIPADANKAN DENGAN BAJU


  • warna pastel untuk semua salah pilih warna pastel, kita akan kelihatan 'jengkel' dengan apa jua pakaian yang akan digayakan.

  • bagi yang mempunyai kulit kuning langsat, gayakan tudung dengan himpunan dari warna biru, lavender dan pink. wajah nampak lebih menonjol dan terserlah. elakkan warna hijau dan kuning kerana ia membuatkan wajah tampak kusam.

  • bagi yang mempunyai warna kulit putih, gayakan tudung dengan warna hijau, ungu, dan lavender. ia membuatkan wajah kelihatan lebih segar. warna merah jambu akan membuatkan wajah bertambah pucat.

  • kulit sawo matang sesuai dengan warna hijau dan kuning agar tampak lebih terang. elakkan warna kelabu dan yang agak gelap, agar wajah tidak kelihatan kusam.


INGIN TAMPIL ELEGEN

WANITA YANG INGIN NAMPAK ELEGEN DAN BERGAYA

Wanita bertudung kini lebih berani memilih aneka fabrik dan jenis tudung untuk digayakan dalam apa juga acara seharian. Sama ada majlis rasmi, minum petang, makan malam, atau sekadar bersiar-siar, penggayaan tudung jangan sesekali diabaikan. Tampilkan kreativiti anda dengan penggayaan pelbagai jenis tudung .. mari ikuti beberapa tips untuk memilih tudung bagi anda tampil lebih elegan dan bergaya.

1. Carilah tudung daripada jenis kain yang mudah dibentuk ketika memakainya seperti kain kapas dan kain bawal yang sesuai dipadankan dengan apa jua baju.

2. Bagi yang menggemari tudung kontemporari, pilihlah fabrik organza untuk lapisan luar bagi menggayakan fesyen bertudung al-Waheeda.

3. Sesekali pilihlah tudung berbunga besar, dipadankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.

4. Elakkan daripada memakai tudung sedondon dengan warna baju.

5. Bagi baju yang mempunyai corak atau floral yang berwarna, pilih warna tudung yang paling sedikit yang terdapat pada baju.

6. Pakailah tudung kosong yang berwarna cerah misalnya merah jambu, biru, kuning dan sebagainya. Warna ini akan menampakkan diri anda seorang yang ceria, lembut dan berkeyakinan tinggi.

7. Elakkan memakai tudung berwarna yang gelap dan kusam kerana ia akan menampakkan anda sudah berusia.

8. Bagi yang mempunyai muka bulat, elak daripada memakai tudung yang bercorak penuh kerana akan menampakkan wajah yang tidak terurus dan penuh. Sebaiknya pakailah tudung bercorak kecil.

9. Pastikan tudung dikemaskan di bawah kerongsang selepas pinkan tudung. Ini bagi mengelakkan lilitan tudung nampak menggelembung.

Selasa, 24 November 2009

PELBAGAI JENIS TUDUNG

JENIS-JENIS TUDUNG

Scallop


Berpotongan bulat di hadapan dan belakang, ekslusif kerana sulaman / manik terdapat di bahagian hadapan dada serta di bahagian belakang. Potongan ini akan terbentuk scallop apabila dipakai.


Sisi Pipi


Berpotongan dikiri-kanan pipi namun tidak mempunyai belah, bahagian belakang tudung lebih panjang daripada hadapan. Labuh tudung menutup dada.


Belah Samping


Mempunyai belahan di bahagian belakang tudung, cara memakainya ialah dengan membawa bahagian belahan tudung di sisi bahu.


Belah Sisi


Mempunyai belah di sisi bahu dan kemaskan samada dengan menggunakan brooch atau untuk koleksi bertali, tarikkan tali untuk membentuk kedutan di sisi bahu.

TUDUNG KELUARAN TERBARU





TIPS BERTUDUNG BAGI MUSLIMAH

Wajah
Wajah atau muka anda pasti berubah apabila memakai tudung. Pilihla tudung yang bersesuaian dengan wajah anda. Jika wajah anda bulat jangan memakai tudung daripada material yag lembut contonhnya satin. Ia akan membuatkan muka anda bertambah bulat. Jika anda ingin memakai tudung jenis satin atau tudung yang kainnya lembut pilihlah anak tudung yang mempunyai awrning keras dihadapan. Anda perlu seimbangkan antara warna pakaian dan juga tudung. Anda tidak perlu takut untuk menggayakan pelbagai jenis model tudung tetapi pastikan anda tahu teknik pemakaian yang betul.

Rambut

Rambut adalah mahkota wanita sekaligus merupakan aurat wanita. Untuk pengetahuan anda rambut yang ditutup biasanya mudah berbinyak dan berbau. Tetapi usah bimbang, ada jalan penyelesaiannya. Sebelum memakai tudung pastikan rambut anda telah dikeringkan terlebih dahulu. Cucilah rambut anda setiap hari bersama-sama conditioner yang sesuai. Jangan lupa gunakanlah minyak zaitun kerana minyak zaitun dapat menguatkan akar rambut supaya tidak cepat putus. Bagi anda yang mempunyai masa dan wang yang lebih jangan lupa memanjakan rambut anda. Buatlah perawatan untuk rambut anda contohnya rawatan steam. Pasti rambut anda akan kekal sihat, cantik dan bersinar walaupun bertudung.

Pakaian

Pilihlah pakaian yang sesuai dengan situasi anda. Jika anda pergi ke pejabat pilihlah pakaian yang lebih formal. Contohnya sepasang suite krim dipadan dengan kemeja dan tudung warna senada pasti menarik dan anda tampil lebih bergaya setiap hari.