BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 25 November 2009

INGIN TAMPIL ELEGEN

WANITA YANG INGIN NAMPAK ELEGEN DAN BERGAYA

Wanita bertudung kini lebih berani memilih aneka fabrik dan jenis tudung untuk digayakan dalam apa juga acara seharian. Sama ada majlis rasmi, minum petang, makan malam, atau sekadar bersiar-siar, penggayaan tudung jangan sesekali diabaikan. Tampilkan kreativiti anda dengan penggayaan pelbagai jenis tudung .. mari ikuti beberapa tips untuk memilih tudung bagi anda tampil lebih elegan dan bergaya.

1. Carilah tudung daripada jenis kain yang mudah dibentuk ketika memakainya seperti kain kapas dan kain bawal yang sesuai dipadankan dengan apa jua baju.

2. Bagi yang menggemari tudung kontemporari, pilihlah fabrik organza untuk lapisan luar bagi menggayakan fesyen bertudung al-Waheeda.

3. Sesekali pilihlah tudung berbunga besar, dipadankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.

4. Elakkan daripada memakai tudung sedondon dengan warna baju.

5. Bagi baju yang mempunyai corak atau floral yang berwarna, pilih warna tudung yang paling sedikit yang terdapat pada baju.

6. Pakailah tudung kosong yang berwarna cerah misalnya merah jambu, biru, kuning dan sebagainya. Warna ini akan menampakkan diri anda seorang yang ceria, lembut dan berkeyakinan tinggi.

7. Elakkan memakai tudung berwarna yang gelap dan kusam kerana ia akan menampakkan anda sudah berusia.

8. Bagi yang mempunyai muka bulat, elak daripada memakai tudung yang bercorak penuh kerana akan menampakkan wajah yang tidak terurus dan penuh. Sebaiknya pakailah tudung bercorak kecil.

9. Pastikan tudung dikemaskan di bawah kerongsang selepas pinkan tudung. Ini bagi mengelakkan lilitan tudung nampak menggelembung.

0 ulasan: